Search This Blog

Monday, May 26, 2014

Seorang lagi mangsa MERS meninggal


Jeddah: Kementerian Kesihatan Arab Saudi semalam mengumumkan seorang lagi penghidap Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) di negara itu meninggal dunia.

Menurut laman sesawang kementerian itu, empat kes baru juga dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Kematian terbaru itu membabitkan seorang wanita berusia 40 tahun di Riyadh.

Selain itu, seorang wanita berusia 80 tahun dimasukkan ke unit rawatan rapi di hospital bandar raya sama manakala seorang lelaki 48 tahun yang menghidap kencing manis dimasukkan ke hospital kerajaan di Madinah.

Dua lagi kes membabitkan mangsa berusia 25 dan 28 tahun dikuarantin di kediaman mereka di Qunfuda.



Dalam pada itu seorang wanita 33 tahun dan seorang lelaki berusia 28 tahun yang pulih daripada virus berkenaan dibenarkan keluar dari hospital di Jeddah.

Dalam perkembangan sama, Filipina berkata dua rakyatnya yang bekerja di Arab Saudi mati akibat virus MERS.

Jurucakap Jabatan Luar Negara Charles Jose berkata, keluarga mangsa sudah diberitahu mengenai perkara itu dan usaha membawa pulang mayat mangsa sudah dilakukan.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/26

No comments:

Post a Comment