Search This Blog

Saturday, May 10, 2014

Samun RM30,000, larikan pengurus 10 minit


2014/05/10 - 04:29:49
Samun RM30,000, larikan  pengurus 10 minit
Kakitangan syarikat pengurup wang, menunjukkan bagaimana suspek menyembunyikan diri di hadapan kaunter sebelum membuka pintu masuk dan merompak wang sebanyak RM30,000 di Subang Jaya, semalam. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Subang Jaya: Seorang pengurus syarikat pengurup wang di sini, terpaksa mengharungi detik cemas apabila dilarikan kira-kira 10 minit oleh penjenayah bersenjatakan parang, semalam.

Mohd Sattar Mohd, 50, dilarikan empat penjenayah yang menyamun premis tempatnya bekerja kira-kira jam 8.45 pagi, membabitkan kerugian hampir RM30,000.


Mangsa dilarikan selepas suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan hasil samun berkenaan. Bagaimanapun, mangsa ditinggalkan di sebuah pusat beli-belah berhampiran kira-kira 10 minit selepas itu.


Difahamkan, mangsa berada di tandas ketika tiga daripada empat penjenayah memasuki premis dengan mengumpil pintu utama menggunakan kuku kambing.

Paksa serah wang

Mangsa kemudian terkejut melihat kelibat seorang penjenayah terbabit yang memaksanya menyerahkan wang manakala tiga lagi suspek dikatakan bersembunyi di kaunter hadapan.
Tendang mangsa

Seorang pekerja premis itu, Mohd Helmi Hamid, 28, mendakwa suspek menendang badan mangsa sebelum melarikan wang tunai kira-kira RM30,000.

“Mereka membawa Mohd Sattar bersama menaiki kereta Proton Waja yang diletakan di hadapan premis.

“Bagaimanapun, Mohd Sattar ditinggalkan di pusat beli-belah berdekatan 10 minit kemudian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan bersenjata.

No comments:

Post a Comment