Search This Blog

Saturday, May 10, 2014

RM30,000 dikebas perompak



INILAH pusat pengurup wang di Jalan SS 15/5A, Subang Jaya yang dirompak tiga lelaki semalam.


SUBANG JAYA – Seorang pengurup wang melalui detik cemas selama kira-kira lima minit selepas kedainya di Jalan SS 15/5A di sini diceroboh tiga perompak bersenjatakan parang dan kuku kambing semalam.
Dalam kejadian pukul 8.45 pagi, mangsa seorang lelaki berusia 30-an dikatakan sedang membuat persiapan membuka perniagaannya sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dari depan premis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, mangsa yang ketika itu berada di dapur kedai bergegas ke depan sebelum terkejut melihat ada tiga lelaki bertopeng sudah memasuki premisnya dengan seorang mengacu parang ke arahnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0510&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz31G6Hz5Wv 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment