Search This Blog

Thursday, May 1, 2014

Remaja maut motosikal dirempuh lori


30 April 2014


BESUT - Seorang remaja maut apabila motosikal yang ditunggani dirempuh sebuah lori setelah melanggar sebuah kenderaan lain di Jalan Jerteh-Kuala Terengganu, dekat Kampung Apal, tengah hari semalam.

Mohd Ikmal Hafiz Awang, 18, berasal dari Kuala Kubang, Jabi meninggal dunia pada 8.16 malam tadi, iaitu kira-kira lapan jam selepas menerima rawatan di Hospital Besut akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam kejadian pada kira-kira 1 tengah hari itu, mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Jerteh.

Katanya, mangsa yang menunggang berseorangan mengekori sebuah kereta yang dipandu seorang wanita namun tidak dapat mengelak ketika kereta berkenaan berhenti memasuki simpang ke kanan jalan.

"Motosikal yang ditunggangi Mohd Ikmal Hafiz terlanggar bahagian kanan belakang kereta berkenaan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan dirempuh sebuah lori yang datang dari arah Kuala Terengganu," katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya sebelum dikejarkan ke Hospital Daerah Besut.

Katanya, pemandu wanita dan pemandu lori yang kedua-duanya berumur 40 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment