Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Rampas bas untuk ziarah keluarga angkat


Miyazaki: Seorang lelaki berusia 45 tahun yang didakwa merampas sebuah bas kerana ingin melawat ibu bapa angkatnya, ditahan polis selepas dia membenarkan pemandu kenderaan itu pergi ke tandas.

Akbar tempatan semalam melaporkan, bas berkenaan dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Miyazaki ke Miyakonojo malam kelmarin.

Tiba-tiba, kata sumber, Seiichi Sato menggunakan gunting untuk mengugut pemandu dan penumpang bas berkenaan.

Jurucakap polis berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 10 malam (waktu tempatan).

“Melalui panggilan telefon itu dia memaklumkan sebuah bas sudah dirampas,” katanya.

Laporan media menyebut, bas berkenaan berhenti beberapa kali untuk menurunkan penumpang sebelum berhenti di sebuah kedai serbaneka.

Selepas lebih satu jam rampasan berlaku, polis akhirnya berjaya menahan Sato selepas dia membenarkan pemandu bas untuk pergi ke tandas.

Sato memberitahu polis, dia melakukan perkara itu kerana ingin berjumpa ibu bapa angkatnya di bandar Ebino.



- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/13

No comments:

Post a Comment