Search This Blog

Monday, May 26, 2014

Ramai tauke simpan pistol, parang


Kuala Lumpur: Pemilik premis judi Internet dikesan menyimpan senjata api, parang dan pedang samurai sebagai alat untuk menyerang pihak berkuasa ketika serbuan dilakukan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, risiko itu terpaksa dihadapi pihaknya ketika serbuan dilakukan.

“Kami (polis) sudah jalankan risikan memang kebanyakan pemilik judi Internet ini mempunyai pistol, parang dan pedang samurai yang dipercayai untuk digunakan menyerang polis selain melindungi diri mereka sekiranya premis disamun.



Tetapi kami sentiasa berwaspada dengan menambah kekuatan anggota ketika serbuan dijalankan,” katanya.

Menurutnya, pegawai dan anggota polis yang menjalankan serbuan ke premis judi turut terdedah dengan ancaman tonto selain kongsi gelap yang sentiasa memerhatikan pergerakan pihak berkuasa dengan menggunakan alat ‘walkie-talkie’ bagi menggagalkan serbuan yang ingin dilakukan polis.

Sementara itu, ditanya mengenai pembabitan kongsi gelap dalam sindiket judi Internet, Roslee berkata, setakat ini pihaknya tidak mempunyai bukti jelas pembabitan kongsi gelap dalam kegiatan haram itu sebaliknya hasil risikan mendapati sindiket berkenaan menggunakan khidmat kongsi gelap untuk menjaga premis mereka daripada diganggu kumpulan samseng dan pihak berkuasa.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/26

No comments:

Post a Comment