Search This Blog

Monday, May 26, 2014

Pukul anak sampai mati


Menurut polis, lelaki berkenaan bertindak keterlaluan dalam memastikan anak perempuannya yang berusia 11 tahun berjaya dalam pelajaran.

Tekanan yang diletakkan ke atas kanak-kanak untuk berjaya dalam pelajaran mereka semakin meningkat di China kerana desakan persekitaran kerja yang menuntut pekerja berkelayakan kini.
Dalam kejadian itu, polis mendakwa Ye Hung, 35, mengikat anak perempuannya, Chou dan memukulnya dengan kejam di kediaman mereka di Bandar Hangzhou, wilayah Zhenjiang.

Dia kemudiannya keluar sebentar untuk menenangkan diri sebelum masuk semula untuk membuka ikatan anaknya namun mendapati kanak-kanak itu sudah tidak bernafas.

Doktor tidak dapat menyelamatkan kanak-kanak itu yang mati akibat serangan jantung 12 jam kemudian.
Foto
YE memohon maaf ketika berada di hospital, semalam.
Jurucakap polis semalam berkata: “Bapa kanak-kanak itu melutut di sisi katil, menyesali tindakannya. Dia seorang bapa yang yang terlalu mendesak dan bertindak keterlaluan. Ia bukan pembunuhan terancang.” Sepupu lelaki itu, Park Jen, 37, berkata: “Dia sebenarnya seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab. Dia sangat menitikberatkan soal pelajaran anaknya. Dia menghantar anaknya ke sekolah setiap hari dan jarang memukulnya.

“Dia sangat menyayangi kanak-kanak tetapi percaya mereka perlu melakukan yang terbaik dalam pelajaran mereka dan tidak meniru. Tindakan anaknya meniru dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberi menjadikan dia benar-benar marah.” - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/25

No comments:

Post a Comment