Search This Blog

Saturday, May 10, 2014

Polis tembak tayar suspek ke pecah rumah


Oleh Salman Hamat
Butterworth: Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan dipandu secara melulu dan berbahaya oleh seorang lelaki disyaki suspek kes pecah rumah dalam kejadian di Jalan Bagan Luar, di sini, 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, ketika kejadian sepasukan pegawai dan anggota polis melakukan rondaan terserempak dengan kenderaan dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan.


"Pegawai berkenaan kemudian menghampiri kenderaan dipandu lelaki berusia 25 tahun itu untuk pemeriksaan.

"Namun, sebaik memperkenalkan diri suspek terus memecut kereta Proton Wira di pandunya secara melulu menyebabkan anggota terbabit melepaskan empat das tembakan," katanya.


Dalam usaha melarikan diri suspek turut merempuh sebuah kereta peronda polis dan sebuah lagi kenderaan lain.


Supek berjaya ditahan sejurus keluar daripada kenderaanya untuk melarikan diri.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/10

No comments:

Post a Comment