Search This Blog

Friday, May 30, 2014

Polis tak halang pembunuhan


Farzana Iqbal, 25, diserang Khamis lalu kerana berkahwin dengan lelaki yang dicintainya. 
Suaminya berkata, polis tidak berusaha menghalang keganasan selama 15 minit itu di depan Mahkamah Tinggi Lahore. 

“Saya merayu polis membantu kami, tetapi mereka berkata, itu bukan tugas mereka,” kata Muhammed Iqbal,
Foto
GAMBAR yang dirakam Selasa lalu menunjukkan anggota polis mengumpulkan bukti berhampiran mayat Farzana yang dibunuh keluarganya di depan Mahkamah Tinggi Lahore.

Jurucakap Nawaz Sharif berkata, perdana menteri itu memandang berat mengenai pembunuhan kejam itu.

“Saya mengarahkan ketua menteri bertindak serta-merta dan satu laporan mesti dikemukakan kepada pejabat saya petang ini (semalam). 

“Perbuatan kejam seperti itu tidak boleh diterima sama sekali dan jenayah itu perlu ditangani dengan undang-undang,” kata jurucakap berkenaan, memetik kata-kata Nawaz. 

Di kebanyakan wilayah di Pakistan, wanita dikehendaki bersetuju dengan perkahwinan yang diatur keluarga. Keengganan mereka berbuat demikian boleh mendorong kepada ‘pembunuhan kerana menjaga maruah keluarga.’ 

Polis sebelum ini berkata, Farzana dilontar batu, tetapi menurut Iqbal, anggota keluarga isterinya memukul wanita itu dengan batu sehingga mati. 

Semua suspek, kecuali bapanya yang kini dalam tahanan, melarikan diri. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/30

No comments:

Post a Comment