Search This Blog

Monday, May 26, 2014

Polis serbu 236 kali


Alor Setar: Menggunakan taktik membuka perniagaan secara bergerak di hotel bajet dan rumah sewa persendirian, pengusaha permainan judi atas talian atau lebih dikenali sebagai judi Internet dikatakan mampu meraih keuntungan sehingga mencecah puluhan ribuan ringgit dalam sehari.

Taktik licik itu dikesan digunakan hampir 80 peratus pengusaha di dua daerah negeri ini iaitu Kota Setar dan Sungai Petani sejak awal tahun ini berikutan serbuan besar-besaran yang dilancarkan Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, sejak tahun lalu dalam usaha membasmi kegiatan tidak bermoral itu.

Antara lokasi yang sering menjadi tumpuan golongan tahi judi ialah di sekitar di Jalan Datuk Kumbar, Mergong, Alor Mengkudu dan Simpang Kuala, bagi daerah Kota Setar, manakala di Tikam Batu, Padang Temusu, Pekan Baru serta Taman Intan bagi daerah Sungai Petani.

Tinjauan Harian Metro mendapati pusat judi berkenaan begitu mendapat sambutan daripada semua lapisan masyarakat termasuk golongan warga emas, pertengahan dan pelajar sekolah.

Berselindung di sebalik lesen perniagaan snuker dan kafe siber, pengusaha juga dikatakan beroperasi secara ‘on off’ dan sering berpindah-randah dari satu kawasan ke kawasan lain bagi mengelakkan dihidu pihak polis.

Pemilik premis juga dilihat seperti kebal dengan undang-undang kerana walaupun sudah banyak serbuan dilakukan pihak berkuasa, premis berkenaan tetap wujud, malah semakin rancak apabila pengusaha dikatakan turut menggajikan samseng sebagai ‘tonto’ bagi mengawal kehadiran polis.

Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah Asisten Superintendan Saari Yaacob berkata, sejak Januari hingga Mac lalu, pihaknya berjaya menumpaskan 91 premis judi daripada jumlah keseluruhan 236 serbuan yang dilakukan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 1,141 mesin judi berjaya dirampas membabitkan nilai sebanyak RM22,479,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/26

No comments:

Post a Comment