Search This Blog

Saturday, May 10, 2014

Polis cekup GRO warga Vietnam



ANTARA GRO warga Vietnam yang ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan haram di Taman Connaught, Cheras, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Taktik sebuah pusat hiburan haram berselindung di sebalik sebuah bangunan usang tanpa papan tanda dan menyediakan perkhidmatan seks ‘tempah dan bawa balik’ terbongkar selepas sepasukan polis menyerbu premis berkenaan di Taman Connaught, Cheras di sini semalam.
Dalam serbuan pukul 1 pagi itu, polis berjaya menahan sembilan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam berusia antara 19 hingga 46 tahun kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Ketua Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Bukit Aman, Inspektor Mohammad Mohd. Jais berkata, pusat hiburan haram tersebut telah beroperasi lebih enam bulan lalu dan dibuka dari pukul 6 petang hingga 3 pagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0510&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz31G6Ynujg 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment