Search This Blog

Saturday, May 10, 2014

Pesawat Singapore Airlines dari Changi berpatah balik ekoran masalah pintu kargo


SINGAPURA - Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) ke Hong Kong berpatah balik dan terpaksa diganti selepas menerima isyarat amaran berkaitan pintu kargo.
Akhbar tempatan, The Straits Times semalam melaporkan penerbangan SQ866, itu yang merupakan sebuah pesawat Airbus A380 sedang dalam penerbangan dari Singapura ke Hong Kong apabila lampu amaran berkaitan pintu kargo diterima.
"Juruterbang memutuskan untuk berpatah balik ke Singapura," lapor akhbar tersebut dengan memetik kenyataan seorang jurucakap SIA.
Jurucakap itu berkata pintu kargo pesawat itu bagaimanapun, didapati tertutup ketika pesawat berkenaan mendarat dengan selamat di Changi pada 2.20 petang waktu tempatan.
Tiada seorang pun yang cedera dalam kejadian itu.
Sebuah pesawat gantian dengan kru yang sama berlepas pada 5.18 petang dan dijangka tiba di Hong Kong pada 8.40 malam, lebih tiga jam setengah lewat daripada jadual waktu ketibaan asal. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0510&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz31G4fD8n6 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment