Search This Blog

Saturday, May 10, 2014

Pesawat penumpang AS hampir berlanggar dengan UAV


2014/05/10 - 09:16:07
SAN FRANCISCO: Sebuah pesawat penumpang hampir berlanggar dengan pesawat kawalan jauh (UAV) kecil di ruang udara Florida pada Mac lalu, menurut pegawai Pentadbiran Udara Persekutuan (FAA).

Jim Williams, dari bahagian pesawat kawalan jauh FAA, mengesahkan kejadian itu pada persidangan UAV di San Francisco ketika memberi contoh mengenai risiko penggunaan pesawat berkenaan.


“Risiko untuk UAV kecil disedut masuk ke dalam enjin pesawat penumpang adalah benar," katanya.

Kejadian itu dilaporkan kepada pusat kawalan udara pada 22 Mac oleh juruterbang pesawat American Airlines Yang sedang menghampiri landasan Tallahassee untuk mendarat ketika dalam penerbangan dari Charlotte, Carolina Utara. - AP

No comments:

Post a Comment