Search This Blog

Thursday, May 1, 2014

Pesalah rasuah dicari

WARTAWAN SINAR HARIAN
Pesalah rasuah dicari
M AZAHARI 
30 April 2014
KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang mencari seorang pesalah kes rasuah, M Azahari Che Ismail, bagi menyelesaikan kes berkenaan.

Penguasa Kanan SPRM Pahang, Syed Mohd Termizi Syed Musa berkata, alamat terakhir M Azahari ialah Nombor 142, Kampung Morak, Palekbang, 16040, Tumpat, Kelantan.

Katanya, sehingga ini lelaki berusia 50 tahun itu masih gagal dikesan.

“Pada hujung tahun lalu, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara satu hari dan denda RM100,000 yang perlu dibayar secara ansuran sebanyak lima kali, tetapi pesalah gagal membayar denda itu seperti dikehendaki mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan bertulis, semalam.

Beliau berkata, kerjasama daripada orang ramai bagi mengesan M Azahari amat diharapkan kerana kes yang melibatkan lelaki itu sangat penting.

“Sesiapa yang tahu di mana lelaki itu berada diminta segera menghubungi SPRM di talian 09-5716000,” katanya.

No comments:

Post a Comment