Search This Blog

Monday, May 26, 2014

Penunjuk perasaan gempur askar


Penunjuk perasaan anti rampasan kuasa tentera mengangkat sepanduk membantah ketua tentera, Jeneral Prayut Chan O-Cha semasa mengadakan bantahan di Bangkok, semalam. - AFP
BANGKOK 25 Mei - Penunjuk perasaan antirampasan kuasa Thailand hari ini menggempur askar yang berkawal di Bangkok, walaupun kerajaan junta memberi amaran supaya menamatkan demonstrasi selepas tentera me­rampas kuasa dan mengambil alih pentadbiran negara.
Lebih 1,000 penunjuk perasaan yang membawa kain rentang tertera perkataan ‘‘Berambus Junta’’ dan ‘’Hentikan Rampasan Kuasa’’, sambil menjerit menunjukkan kemarahan mereka dan bertindak menolak askar-askar yang lengkap bersenjata yang berkawal di luar sebuah pasar raya di tengah Bangkok.
Sekurang-kurangnya dua orang penunjuk perasaan ditahan askar, lapor seorang wartawan AFP di kawasan kejadian.
Seorang lelaki yang berdarah kelihatan diheret oleh askar, manakala penunjuk perasaan lain meludah ke arah askar-askar yang berkawal di situ ketika jumlah peserta demonstrasi itu semakin bertambah.
Demonstrasi itu diadakan selepas kerajaan junta mengeluarkan amaran terbaharu, hari ini terhadap penggunaan media sosial untuk mencetuskan huru-hara.
‘‘Saya meminta rakyat memahami situasi ketika ini dan tidak mengadakan demonstrasi antirampasan kuasa kerana demokrasi tidak boleh diadakan buat masa ini,’’ kata jurucakap tentera, Kolonel Winthai Suvaree,
Beliau berkata, mereka yang ditahan tidak dipukul atau diseksa dan akan dibebaskan dalam tempoh tujuh hari. - AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140526/lu_03/Penunjuk-perasaan-gempur-askar#ixzz32lnInjeb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment