Search This Blog

Saturday, May 10, 2014

Penumpang meninggal dunia dalam penerbangan ke klia2


2014/05/10 - 08:51:57
KUALA LUMPUR: Seorang penumpang pesawat AirAsia X D7 171 yang dalam penerbangan dari Jeddah ke Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia, semalam.

Jurucakap AirAsia X Berhad yang dihubungi tengah malam tadi, mengesahkan perkara itu namun tidak menyatakan identiti mangsa yang dipercayai jemaah umrah, masa dan sebab kematian.


Menurutnya, ahli keluarga mangsa dan pihak berkuasa sudah pun dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Pihak AirAsiaX juga akan menyediakan segala jenis bantuan dan keperluan yang diperlukan,” kata jurucakap itu.

Difahamkan, pesawat D7 171 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah pada jam 8.30 pagi waktu tempatan dan selamat mendarat di klia2 jam 10.30 malam tadi.

No comments:

Post a Comment