Search This Blog

Thursday, May 1, 2014

Penjaga kafe siber parah diserang


PULAU PINANG 30 April - Terpedaya dengan muslihat seorang lelaki yang menyamar sebagai pelanggan di kafe siber dijaganya, membuatkan seorang lelaki warga tempatan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.
Dalam kejadian pukul 7.35 pagi semalam di Jalan Air Itam, Datuk Keramat di sini, lelaki berkenaan cedera selepas cuba mempertahankan diri ketika disamun ‘pelanggan’ berkenaan.
Difahamkan, lelaki berkenaan yang tidak mencurigai kelakuan ‘pelanggannya’ itu tidak sempat berbuat apa-apa selepas suspek bertindak menyerangnya dengan menggunakan pisau pemotong ayam yang disembunyikan di dalam baju.
Lelaki berkenaan pada mulanya didatangi seorang pelanggan yang dipercayai berpura-pura mahu menggunakan perkhidmatan internet di kafe siber terbabit bagi memantau keadaan sebelum melakukan serangan.
Dikatakan, sebaik sahaja yakin keadaan selamat dan mempunyai peluang, pelanggan terbabit terus meluru ke arah penjaga kafe siber berkenaan sebelum menyerang mangsa.
Akibatnya, mangsa kerugian lebih RM300 dan kehilangan pelbagai dokumen termasuk MyKad.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritenden Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan masih lagi dijalankan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140501/je_07/Penjaga-kafe-siber-parah-diserang#ixzz30Pc6MyBJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment