Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Peniaga mengaku tidak salah pukul kekasih anak

WARTAWAN SINAR HARIAN
Peniaga mengaku tidak salah pukul kekasih anak
Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas selesai dituduh.
13 Mei 2014
 KOTA BHARU - Seorang peniaga mengaku tidak salah di mahkamah majistret, di sini, semalam atas tuduhan mendatangkan cedera ke atas remaja yang didakwa kekasih anaknya, pada 7 Mei lalu.

Ahmad Awang Hassan, 47, dari Taman Mesra Kok Lanas, Ketereh, di sini, didakwa melakukan kesalahan itu sehingga menyebabkan mangsa cedera di bahagian kiri kepalanya.

Berdasarkan tuduhan, dia didakwa mendatangkan cedera terhadap remaja berusia 17 tahun itu di sebuah bengkel motosikal di Kampung Dendang, Jalan Kuala Krai, di sini, pada jam 12 tengah hari.

Namun, susulan daripada penafiannya itu, Majistret Nik Habri Muhamad menetapkan sebutan semula kes pada 9 Jun depan.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara yang boleh sampai setahun atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad. Sementara menunggu tarikh sebutan semula, tertuduh dibenarkan diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Dalam prosiding itu, Nik Habri sempat menasihati tertuduh supaya dia tidak mengambil tindakan undang-undang sendiri sebaliknya membuat laporan polis dan menyerahkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa.

No comments:

Post a Comment