Search This Blog

Monday, May 26, 2014

Peniaga henti jual serta-merta


Dua produk berkenaan adalah Coklat Susu dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond.
Tinjauan Harian Metro semalam mendapati kebanyakan kedai runcit, pasar raya dan stesen minyak di sini sudah menghentikan jualan dua produk berkenaan serta merta kepada pelanggan.
Pekerja kedai serbaneka, Siti Mariam Abdullah, 20, berkata pihaknya kini sedang menunggu ketibaan syarikat pengeluar, Cadbury Confectionery Malaysia (M) Sdn Bhd, untuk mengambil produk berkenaan selepas arahan menghentikan jualan coklat itu dikeluarkan sejak malam kelmarin.
“Wakil syarikat Cadbury datang ada pada jam 11.30 pagi bagi memastikan sama ada kami sudah menghentikan jualan kepada pelanggan,” katanya.
“Kami juga dimaklumkan supaya menyimpan coklat itu sehingga notis selanjutnya dikeluarkan,” katanya.
Bagi seorang lagi penyelia kedai makanan, Norizah Jiman, 28, dia juga masih menunggu arahan berkenaan tarikh mengembalikan coklat itu kepada pengeluar.
“Walaupun arahan rasmi dari pihak atasan belum dikeluarkan, tetapi premis kami telah pun menghentikan jualan memandangkan majoriti pelanggan kami adalah orang Islam,” katanya.
Sementara itu, orang ramai melahirkan kebimbangan terhadap status halal produk coklat Cadbury Dairy Milk walaupun hanya dua produk yang disahkan mengandungi DNA babi.
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/26

No comments:

Post a Comment