• Terminal Bas di Goyang terbakar kira-kira jam 9 pagi tadi. Foto oleh YonhapTerminal Bas di Goyang terbakar kira-kira jam 9 pagi tadi. Foto oleh Yonhap

GOYANG - KOREA SELATAN. Sekurang-kurangnya enam dilaporkan mati dan lebih 40 cedera dalam satu kebakaran di Terminal Bas Goyang, hari ini lapor The Korea Herald.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi di medan selera yang sedang dalam penyelenggaraan.

Menurut Balai Bomba Goyang, api yang marak berjaya dikawal dalam tempoh lebih kurang 20 minit.

Kebanyakan yang cedera ditemui di tandas terminal yang terletak berdekatan dengan kawasan penyelenggaraan, kata polis.

Seramai 21 mangsa dihantar ke hospital dan dua dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Ratusan orang berada di dalam bangunan itu ketika kebakaran berlaku.