Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Pengetua sekolah kena ragut depan rumah


13/05/2014 4:40pm

KULIM - Seorang pengetua sebuah sekolah menengah di sini berhadapan saat mencemaskan apabila cermin tingkap keretanya dipecahkan dua lelaki bermotosikal lalu melarikan beg tangannya dalam kejadian di halaman rumahnya di Kampung Tunku Putra, Kilang Lama di sini.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang semalam, pengetua wanita berusia lingkungan 50-an itu dikatakan baru tiba di perkarangan rumahnya dari sekolah dalam cuaca hujan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Su Song berkata, wanita yang belum sempat keluar dari keretanya itu menjerit meminta tolong tetapi suaminya, seorang pesara yang berada di dalam rumah, tidak mendengar jeritan itu.
"Kedua-dua lelaki yang dipercayai mengekori mangsa sejak dari sekolahnya itu telah memecah cermin tingkap pintu kiri keretanya lalu merampas beg tangan milik mangsa yang diletakkan di atas tempat duduk hadapan kereta itu dan melarikan diri dalam hujan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, beg itu mengandungi wang tunai kira-kira RM250 dan dokumen-dokumen penting serta beberapa kunci milik pengetua itu.
Su Song meminta kepada orang ramai yang menyaksikan kejadian ragut tersebut ataupun ada maklumat mengenai kedua-dua suspek supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di talian 04-4906222. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm#ixzz31aMCOoG1 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment