Search This Blog

Saturday, May 10, 2014

Pengawal keselamatan ditahan buat seks oral


KUALA LUMPUR 10 Mei - Akibat ketagih seks, seorang pengawal keselamatan sanggup melarikan seorang kanak-kanak lelaki sebelum melakukan seks luar tabii di kawasan Perindustrian SB Jaya, Sungai Buloh, dekat sini semalam.
Difahamkan, suspek yang berusia 34 tahun dan bekas banduan atas kesalahan seksual itu telah memaksa seorang pelajar tingkatan satu membonceng motosikalnya kira-kira pukul 12.20 tengah hari.
Suspek dikatakan telah mengugut untuk mencederakan mangsa dan kemudian melarikan kanak-kanak terbabit ke sebuah kawasan sunyi sebelum menanggalkan seluar mangsa.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, perbuatan suspek sebenarnya dalam pemerhatian anggota peronda yang kebetulan menjalankan rondaan di kawasan tersebut.
"Anggota berkenaan ternampak suspek sedang memaksa seorang pelajar sekolah menengah menaiki motosikal dan kemudian bertindak mengekori kedua-duanya.
"Suspek telah menghilangkan diri di satu kawasan yang sunyi namun anggota polis kemudian menemui suspek yang dalam keadaan mencurigakan," katanya di sini.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu, anggota itu melihat suspek sedang melakukan seks oral dan turut merakamkan gambar kemaluan mangsa.
"Suspek telah ditangkap oleh anggota polis itu dan ketika dalam siasatan awal, kami mendapati lelaki itu telah melakukan perbuatan sama terhadap tiga kanak-kanak lain sebelum ini.
"Suspek juga mengaku ketagihan seks luar tabii mendorong dia melakukan kegiatan tidak bermoral tersebut," katanya.
Ujar Junaidi, mangsa yang ditemu bual memberitahu, suspek sebenarnya memperdayakan dirinya dengan mengaku sebagai kawan abangnya.
" Kita turut mendapati suspek sebenarnya telah dipenjarakan selama 12 bulan atas kesalahan cabul dan dalam kes ini, polis telah merampas lima buah telefon bimbit untuk siasatan lanjut," katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140510/je_01/Pengawal-keselamatan-ditahan-buat-seks-oral#ixzz31GRgVsGM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment