Search This Blog

Monday, May 26, 2014

Pemuda sakit mental tembak pemandu keluarga


Makkah: Seorang pesakit mental menembak mati seorang pemandu warga India yang bekerja untuk keluarganya di perkampungan Al-Sharaeyeh, semalam.

Menurut jurucakap polis, Leftenan Kolonel Atiyah Al-Qurashi, polis sudah menahan suspek, pemuda tempatan yang mempunyai rekod menghidap sakit mental sejurus selepas dia membunuh pemandu itu.

Saksi mengenal pasti mangsa sebagai Akambadam Putuveettil Anas, 24, berasal dari Nilambur, Kerala, selatan India.

Penyerang yang juga anak majikan mangsa melepaskan empat das tembakan ke arah Akambadam kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan.

Mangsa mati di tempat kejadian dan ahli keluarganya berjaya merampas pistol yang digunakan sebelum menyerahkan pemuda itu kepada polis.

Kejadian itu berlaku beberapa minggu selepas satu kejadian serupa dilaporkan di Riyadh yang mengejutkan komuniti warga asing di Makkah.



- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/26

No comments:

Post a Comment