Search This Blog

Thursday, May 8, 2014

Peminat Napoli dilarang masuk stadium selama lima tahun



SEJUMLAH peminat menyaksikan perlawanan antara Fiorentina dengan Napoli di Stadium Olimpico, Rom pada 3 Mei lalu.


ROME - Polis Itali kelmarin melarang seorang peminat kelab bola sepak Napoli, Gennaro De Tommaso (gambar) memasuki Stadium Olimpico di sini selama lima tahun.
Tommaso yang merupakan ketua kelab penyokong Napoli dilarang memasuki stadium ekoran keganasan yang berlaku di dalam sebuah stadium semasa Napoli menentang Fiorentina pada Sabtu lalu pada pertandingan akhir Piala Itali.
Pertandingan itu terpaksa bermula lewat 40 minit dan hanya bermula selepas kapten Napoli, Marek Hamsik bercakap kepada para peminat bagi menenangkan keadaan di dalam stadium.
Tommaso kemudian berunding dengan Hamsik sebelum perlawanan bermula.
Dia turut memakai baju-T dan duduk di atas pagar stadium semasa kejadian itu berlaku.
Tommaso memakai baju-T yang mengandungi perkataan Speziale Libero yang mendesak pembebasan seorang peminat yang membaling bata ke atas seorang pegawai polis di luar sebuah stadium ketika Napoli bertemu Palermo pada tahun 2007.
Dalam kejadian pada Sabtu lalu, De Tommaso dituduh memainkan peranan penting yang menyebabkan perlawanan tersebut ditangguhkan.
Terdapat juga laporan bahawa beberapa peminat Napoli ditembak berhubung perlawanan itu.
Ketika kejadian, Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi turut berada di dalam stadium.
Seorang lagi peminat kelab Napoli, Massimiliano Mantice turut dilarang memasuki stadium selama tiga tahun ekoran kekecohan di dalam stadium tersebut.
Napoli menang pada perlawanan itu dengan keputusan 3-1. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0508&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz314OSAFr4 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment