Search This Blog

Monday, May 26, 2014

Pemilik resort didenda RM8,000


2014/05/26 - 02:56:52

Kuala Terengganu: Pasangan suami isteri yang juga pemilik resort di Besut, masing-masing didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengendalikan sistem loji rawatan kumbahan persendirian tanpa lesen, tiga tahun lalu.

Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad memerintahkan Ghazali Hashim, 61, dan isterinya Ramlah Faridah, 58, menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda.


Ghazali, bekas Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Terengganu dan isterinya mengaku salah tidak memiliki Lesen Kelas bagi tujuan pemilikan suatu sistem pembetungan persendirian atau mana-mana bahagian sistem pembetungan persendirian di resort mereka seperti dikehendaki mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) pada 6 Jun 2011.

Ghazali turut menghadapi satu lagi pertuduhan bersama anaknya Mohd Izudin, 30, yang menjalankan perniagaan perkongsian, tidak memiliki Lesen Kelas bagi tujuan menyediakan perkhidmatan pembetungan di tempat sama.

Bagi kesalahan itu, Ghazali didenda RM9,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda.

Tidak hadiri prosiding

Bagaimanapun, Mohd Izudin gagal menghadiri prosiding mahkamah semalam kerana bekerja di luar pesisir pantai dan mahkamah menetapkan 25 Jun untuk sebutan semula kesnya.
Kedua-dua pertuduhan adalah mengikut Seksyen 20(4) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Ghazali dan isterinya membayar denda masing-masing.

BERNAMA

No comments:

Post a Comment