Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Pemandu jentolak maut dipanah petir


KEMAMAN 12 Mei - Seorang pemandu jentolak warga emas maut disambar petir di sungai berhampiran rumah kongsi syarikat pembalakan di hutan Cenderong Air Putih dekat sini semalam.
Kejadian berlaku pada pukul 6.15 petang ketika mangsa, Ng Choon Wah, 70, bersama tiga rakannya sedang mandi selepas kembali dari kerja.
Seorang saksi, Mustafa Mahmud, 53, memberitahu, beliau berada dalam lingkungan 30 meter dari tempat kejadian dan mendengar dentuman kuat, diikuti percikan api menyambar mangsa.
“Saya bergegas mendekati mangsa dan mendapati dia sudah meninggal dunia dengan kesan lebam di badan dan muka akibat kejadian itu," kata Penyelia Hutan itu ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kemaman hari ini.
Mangsa yang yang berasal dari Bentong Pahang itu dibawa keluar menggunakan kende­ra­an pacuan empat roda sejauh 40 kilometer dari Pekan Air Putih sebelum dibawa ke Hospital Kemaman pada pukul 12.30 pagi ini
Mustafa berkata, disebabkan hujan dan jalan becak, perjalanan membawa mayat mangsa mengambil masa dua jam untuk sampai pekan Kampung Air Putih.
Ketua Polis daerah, Supriten­dan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan me­nerima laporan kematian mangsa dan mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140513/je_06/Pemandu-jentolak-maut-dipanah-petir#ixzz31Y8XnaXP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment