Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Pelajar kolej maut jatuh tingkat 18

SITI NADIAH AHMAD ZAMLUS
Pelajar kolej maut jatuh tingkat 18
Anggota paramedik tiba di tempat kejadian sejurus menerima panggilan. 
13 Mei 2014
GEORGETOWN - Seorang pelajar kolej maut terjatuh dari tingkat 18 sebuah bangunan di Jalan Macalister, dekat sini, pagi semalam.

Mangsa yang berusia 21 tahun turut meninggalkan nota buat ahli keluarganya dalam bahasa Cina ketika mayatnya ditemui.

‘Mak bapa jaga diri baik-baik. Abang pertama dan abang kedua mesti jaga ibu bapa baik-baik. Minta maaf kerana saya tidak berguna. Minta maaf ini kali terakhir saya nakal. I love u all’.

Seorang saksi, Mohd Roslan Abdul Rahman berkata, pada masa kejadian, dia baru saja hendak membeli sarapan kira-kira jam 8 pagi.

Menurutnya, tiba di tempat kejadian, dia terdengar seolah-olah bunyi letupan kuat dari arah tepi bangunan.

“Saya bergegas dan terkejut kerana mendapati seorang perempuan jatuh dan keadaan bumbung yang ditimpanya juga habis remuk akibat hentaman.

“Saya segera menghubungi 999 dan bagi saya ini kali pertama kejadian seumpama ini berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, siasatan awal di lokasi menjumpai sepasang kasut, telefon bimbit dan kunci kereta dipercayai milik mangsa yang ditinggalkan di tepi tangga tingkat 18 bangunan terbabit.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari koridor tangga tingkat 18 berdasarkan kepada kedudukan tempat si mati jatuh.

“Pihak polis juga menjumpai nota dalam bahasa Cina,” katanya.

Menurutnya, keluarga mangsa juga dimaklumkan dan dari maklumat awal mendapati mangsa perlu mengambil peperiksaan namun dipercayai enggan hadir dan dipaksa oleh bapanya.

"Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

"Siasatan juga tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dalam kes ini," katanya

No comments:

Post a Comment