ISLAMABAD 25 Mei - Seorang pegawai keselamatan terbunuh, manakala dua lagi cedera, selepas berlakunya dua letupan di tengah bandar raya ini, semalam.
Seorang anggota polis berkata, pegawai keselamatan berkenaan terbunuh apabila berlakunya letupan di sebuah kompleks beli-belah terkenal di sini.
"Sejurus letupan pertama, berlaku pula letupan kedua di kawasan tempat beli-belah sehingga menyebabkan beberapa buah kereta musnah, namun tiada yang mengalami kecederaan," jelasnya. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140525/lu_07/Pegawai-keselamatan-terbunuh-dalam-dua-kejadian-bom-di-Islamabad#ixzz32lpSh35c
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment