Search This Blog

Saturday, May 10, 2014

PATI Myanmar ditahan



ROSLI (duduk, kiri) melihat keadaan PATI warga Myanmar yang ditahan di Kompleks UPP Kuala Perlis, Perlis semalam.


KANGAR – Seramai 101 pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai pelarian Rohingya Islam Myanmar ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kuala Perlis semasa mendarat di pantai Kurung Tengar di Kuala Perlis, dekat sini tengah malam kelmarin.
Timbalan Komander (II) UPP Perlis, Rosli Issak berkata, pelarian Rohingya itu terdiri daripada 41 wanita iaitu 29 dewasa dan 12 kanak-kanak serta 60 lelaki iaitu 27 dewasa dan 33 kanak-kanak berumur antara setahun dan 40 tahun.
"Mereka datang dengan sebuah bot dan ditahan dalam keadaan lemah akibat kesejukan, kelaparan dan ada antara mereka tidak berpakaian sebaik mendarat di pantai.
"Kami kemudian membekalkan mereka pakaian atas dasar perikemanusiaan,” katanya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0510&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz31G75SKFw 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment