Search This Blog

Monday, May 12, 2014

Pakai topeng jika uruskan unta


KUWAIT 11 Mei - Arab Saudi mengarahkan individu yang menguruskan unta untuk memakai topeng dan sarung tangan bagi menghalang penyebaran Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV), amaran pertama seumpamanya selepas kes jangkitan di negara ini mencecah 500 kes.
Agensi berita SPA melaporkan, Kementerian Pertanian dalam satu kenyataan hari ini menasihatkan orang ramai supaya tidak mendekati unta jika tiada keperluan dan membasuh tangan sebelum dan selepas menyentuh haiwan tersebut selain memakai topeng.
“Semua orang dinasihatkan memakai sarung tangan terutamanya apabila menguruskan kelahiran unta atau yang sakit dan mati," jelas kementerian itu.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan melaporkan tujuh kes jangkitan baharu lewat semalam. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140512/lu_11/Pakai-topeng-jika-uruskan-unta#ixzz31RovveuR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment