Search This Blog

Saturday, May 31, 2014

Operasi mencari warga England hilang diterus


2014/05/31 - 05:07:59
Rompin: Seorang lelaki warga England dipercayai hilang selepas gagal pulang ke rumahnya di kawasan Projek Penyu Juara di Kampung Juara, Pulau Tioman, Selasa lalu.

Mangsa, Gareth David Huntley, 34, dipercayai berkhidmat sebagai sukarelawan di pusat pemeliharaan penyu di pulau berkenaan, dikatakan keluar rumah pada jam 12 tengah hari dan berkunjung ke kawasan air terjun Lubuk Teja, di sini.


Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya, berkata sebaik sedar mangsa tidak pulang sehingga lewat malam, beberapa rakan dan penduduk kampung mencarinya di sekitar kawasan hutan dan air terjun berhampiran, namun gagal.

Buat laporan polis

“Selepas gagal menemui mangsa, mereka kemudian membuat laporan di Balai Polis Tioman, petang kelmarin. Sehingga petang (semalam) mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari giat dijalankan.

“Operasi dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) selain dibantu anggota dari Unit D8 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan Unit K9,” katanya.

No comments:

Post a Comment