Search This Blog

Saturday, May 10, 2014

Nasib mangsa 9/11


Di atasnya ialah Muzium Peringatan 11 September yang akan dibuka kepada umum 21 Mei ini.
Cebisan tulang itu adalah fragmen terakhir dikenal pasti penyelidik yang bertungkus-lumus mencari identiti mangsa insiden serangan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 11 September 2001.

Selepas ini, saki-baki tulang itu hanya boleh dilihat waris mangsa atau digunakan saintis forensik yang masih cuba memadankan DNA daripada lebih 1,000 mangsa yang tidak pernah pulang menemui keluarga masing-masing serta tidak dikenali.
Pegawai Pejabat Ketua Penyelidik Perubatan New York, Mark Desire berkata, komitmen pasukannya ialah menyerahkan semula cebisan tulang itu kepada sebaik mungkin kepada waris masing-masing.
Foto
Foto


Daripada 2,753 individu dilaporkan hilang di WTC, 1,115 mangsa - atau 41 peratus - tidak dapat dikenal pasti melalui padanan DNA diserah keluarga mangsa insiden itu.
Penyelidik menggunakan DNA diperoleh melalui berus gigi, sikat, pakaian atau calitan diberi waris.

Melalui teknologi terkini dan paling canggih, satu-satunya cara untuk mengenal pasti identiti mangsa ialah kod genetik yang dicerap melalui tulang itu.
Pada ketika sama, pihak waris sentiasa ternanti-nanti untuk menerima sebarang berita daripada pihak berkuasa yang mengesahkan bahawa ahli keluarga mereka sudah meninggal dunia.

Dalam kes tertentu saintis terpaksa mengkaji tulang sama sehingga 10 atau 15 kali menggunakan kaedah teknologi terkini.
Ia begitu sukar kerana sesetengah pati DNA musnah terbakar atau terjejas akibat cahaya matahari, bakteria atau rosak terkena minyak kapal terbang.

Tahun lalu, saintis berjaya mengenal pasti empat identiti baru.

Keluarga mangsa pula memang sejak sekian lama menyokong proses mengenal pasti itu walaupun ada segelintir membantah tindakan memindahkan tulang berkenaan ke tapak muzium atas alasan ia terdedah kepada banjir.

Rosemary Cain, misalnya, membantah keputusan pihak berkuasa menyimpan cebisan tulang itu di tingkat bawah bangunan muzium berkenaan.
“Berikan mereka penghormatan supaya 3,000 jiwa yang terkorban dapat bersemadi dengan aman,” katanya.
Rosemary kehilangan seorang anak lelaki - yang bertugas sebagai anggota bomba - dalam insiden itu.

Bapa kepada seorang lagi mangsa, Lee Ielpi berpendapat, keputusan memindahkan tulang berkenaan ke tingkah bawah muzium menunjukkan kepada dunia bagaimana AS menghormati orang mati.
“Biarkan mereka kembali ke tapak itu,” katanya.
Pengarah Pusat Keganasan di Kolej Keadilan Jenayah John Jay, Charles Strozier berkata, usaha mengenal pasti identiti tulang berkenaan mesti diteruskan.
“Serangan ke atas WTC lebih kejam daripada biasa kerana sesetengah orang ghaib begitu saja,” katanya.

Namun bagi Desire, ia lebih bersifat peribadi.

Dua minit selepas menara WTC berkenaan dirempuh dua kapal terbang, dia masih berada di situ menyaksikan apa yang berlaku.

Apabila menara berkenaan runtuh, tubuh Desire berdarah akibat kecederaan terkena serpihan kaca dan batu-bata bangunan yang jatuh.
“Kami berasa amat bangga memberikan perkhidmatan untuk sesuatu yang pernah mengubah sejarah AS,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/10

No comments:

Post a Comment