Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Mayat warga emas ditemui dengan kesan kecederaan di hadapan rumah


13/05/2014 2:58pm

BUKIT MERTAJAM - Seorang warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh, di hadapan rumahnya di Kubang Ulu di sini semalam.
Mayat Ong Ang Heap, 70, dengan kesan kecederaan di dada dan kepala serta hidung berdarah ditemui anak lelakinya pada pukul 3.15 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata, lelaki berusia 21 tahun yang bekerja sebagai jurugambar itu melihat ayahnya terbaring kaku di hadapan rumah ketika dia ke rumah itu untuk mengambil barang.
"Dia cuba memberi bantuan kecemasan tetapi ayahnya tidak memberi sebarang respons,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata hasil pemeriksaan awal, polis mendapati beberapa kesan kecederaan pada mayat lelaki warga emas itu iaitu luka di dada dan kesan dipukul dengan kayu di kepala.
Mazlan berkata, polis turut menemui serpihan kayu dan pisau tidak jauh daripada mayat mangsa. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz31aMiYBeU 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment