Search This Blog

Thursday, May 1, 2014

Mayat reput atas katil

WARTAWAN SINAR HARIAN
Mayat reput atas katil
Choo Hwee menunjukkan pangsapuri tempat mangsa ditemui mati. 
29 April 2014
BANDA HILIR - Penemuan seorang warga emas mati di dalam rumahnya menjawab persoalan punca bau busuk penghuni Pangsapuri Orkid di Rumah Pangsa Kota Hilir, sejak kelmarin.

Warga emas, Low Peng Koon, 62, yang tinggal sendirian di rumah tersebut ditemui mati tertiarap atas tilam di tingkat dua pangsapuri terbabit kira-kira jam 10 pagi, semalam.

Mayat sudah reput dipercayai mati sejak empat hari lalu itu ditemui rakannya dan salah seorang kakitangan pengurusan pangsapuri, Poh Choo Hwee, 69.

Menurut Choo Hwee, dia didatangi jiran Peng Kong kira-kira jam 9 pagi yang mengadu terhidu bau busuk sekeliling rumah mereka, sejak Ahad lalu.
“Saya yang mengetahui penyakit saraf dihidapi Peng Koon mengesyaki bau tersebut datang dari rumah didiaminya dan meminta rakan sekerja menghubungi kawan baik Peng Soon.

“Rakan Peng Soon datang membawa kunci pendua pintu dan kemudian kami bersama-sama ke rumah tersebut sebelum mendapati Peng Soon sudah meninggal dunia,” katanya.

Choo Hwee berkata, dia menunggu di hadapan pintu kemudian dimaklumkan bahawa mangsa yang tidak bernyawa berada berada di atas katil dalam keadaan tertiarap di bilik tidur utama.

“Saya dan rakan sekerja kemudian berjalan kaki ke Balai Polis Banda Hilir untuk membuat laporan,” katanya.

Menurutnya, mangsa tidak berkahwin adalah penghidap penyakit saraf serta tidak rapat dengan ahli keluarganya, dan duduk bersendirian di rumah miliknya itu.

“Biasanya Peng Soon singgah di pejabat bersama rakannya dan kali terakhir saya melihatnya dia menaiki motosikal ke pusat kebajikan Tzu Chi, di Batu Berendam Isnin minggu lalu.

“Peng Soon sering membantu melakukan kerja-kerja amal seperti mengumpul kotak bagi mendapatkan dana kebajikan pusat itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan laporan diterima dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

No comments:

Post a Comment