Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Mayat gelandangan di kuarters tinggal

WARTAWAN SINAR HARIAN
Mayat gelandangan di kuarters tinggal
Mayat lelaki dipercayai gelandangan ditemui di kuarters JKR ini, yang sudah tidak digunakan lagi. 
12 Mei 2014
SEREMBAN – Mayat seorang lelaki dipercayai gelandangan ditemui orang awam di kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) yang sudah tidak digunakan lagi, dekat sini, kelmarin.

Mayat yang tidak diketahui identitinya itu ditemui orang awam dalam keadaan terbaring kira-kira jam 3.30 petang.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, lelaki berusia lingkungan 40-an itu sebelum ini sering kelihatan merayau di kawasan itu.

“Mangsa berbangsa India itu tidak bekerja dan sering meminta sumbangan daripada orang ramai untuk menampung hidup,” katanya di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Katanya, kes masih dalam siasatan dan jika didapati tiada unsur jenayah akan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

No comments:

Post a Comment