Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Mayat ditemui dalam feri karam Korea


2014/05/13
SEOUL: Satu lagi mayat yang terperangkap dalam feri Sewol Korea Selatan yang karam ditemui ketika misi mencari yang diteruskan selepas ditangguh tiga hari kerana angin kencang dan ombak besar.

Pegawai sudah menemui 276 mayat dan 28 lagi penumpang masih hilang.


Jurucakap pasukan bertindak kerajaan, Ko Myung-seok berkata, cuaca baik membolehkan pasukan mencari meneruskan operasi hari ini.

Seramai 172 orang terselamat dalam nahas berkenaan. Kesemua 15 anak kapal yang terselamat sudah ditahan atas dakwaan kecuaian dan gagal melindungi penumpang. - AP 

No comments:

Post a Comment