Search This Blog

Thursday, May 1, 2014

Maut terlanggar tunggul kayu


30 April 2014


KUANTAN - Seorang warga emas terbunuh selepas motosikalnya dipercayai terlanggar tunggul kayu di tepi jalan di Jalan Felda Mempaga-Cinta Manis dekat Bentong semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, Soo Ah Kau, 66, dari Kampung Baru Karak mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

"Nahas jam 5 petang itu berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari arah Pekan Karak menghala Sertik. Mangsa dipercayai hilang kawalan selepas motosikalnya terlanggar tunggul sebelum dia terbabas ke atas jalan," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment