Search This Blog

Friday, May 30, 2014

Maritim tahan bot, rampas 500kg ikan


30 Mei 2014


KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) daerah Kota Kinabalu menahan sebuah bot dan merampas 500 kilogram ikan di pantai berdekatan Pulau Mantanani Besar, Rabu lepas.

Ketua Penguatkuasa Maritim daerah Maritim Kota Kinabalu, Kapten Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, bot itu menarik pukat kurang daripada tiga batu nautika dari pantai dan melanggar syarat sah lesen.

"APMM menahan bot itu kira-kira pukul 3.45 petang dan hasil pemeriksaan mendapati bot itu memiliki lesen dan permit untuk menarik pukat 12 batu nautika dari persisir pantai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, awak-awak dalam bot itu yang juga warga asing berumur 20 hingga 40 tahun ditahan dan dibawa ke jeti APMM Teluk Sepanggar untuk siasatan lanjut.

Zin Azman mengingatkan nelayan-nelayan supaya mengikut syarat sah lesen yang diberikan supaya nelayan kecil tidak terjejas dengan sikap tamak mereka yang tidak mengikut syarat lesen yang diberikan. - Bernama

No comments:

Post a Comment