Search This Blog

Saturday, May 10, 2014

Maritim Malaysia tahan kapal nelayan asing menyamar


KUCHING 9 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak menahan sebuah kapal nelayan asing dengan sembilan anak kapal warga Thailand kerana menangkap ikan secara haram kira-kira 75 batu nautika dari Tanjung Sirik dekat sini semalam.
Kapal itu menggunakan nombor palsu yang biasa digunakan untuk pendaftaran kapal nelayan tempatan.
Menurut Ketua Penguatkuasa APMM Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Ismail Bujang Pit, kapal terbabit turut dicat dengan warna biru yang merupakan warna yang biasanya digunakan kapal yang berdafatar di Bahagian Sibu.
"Bagaimanapun selepas dirujuk dengan Jabatan Perikanan, didapati nombor pendaftaran berkenaan sudah tidak wujud dalam sistem mereka.
"Ini merupakan taktik mereka untuk mengaburi pihak berkuasa untuk menangkap ikan secara haram di perairan negara," katanya kepada pemberita di jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin di Muara Tebas dekat sini hari ini.
Menurut Ismail, kesemua nelayan terbabit yang berusia antara 30 hingga 35 tahun akan didakwa di mahkamah Isnin ini di bawah Seksyen 15 (A) Akta Perikanan 1985 dan jika didapati bersalah boleh dipenjara tidak melebihi enam bulan dan segala peralatan dan kapal berkenaan boleh dirampas. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140509/je_08/Maritim-Malaysia-tahan-kapal-nelayan-asing-menyamar#ixzz31GTCMQme
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment