Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Lima ditahan apabila main judi ketika Maghrib


Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Seremban: Kelekaan lima penduduk Muslim berusia antara 30 hingga 60-an bermain judi Roullete dan slot ketika Maghrib di sebuah premis di Jalan Sri Pulai, Sikamat, di sini, mengundang padah apabila diserbu Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agam Islam Negeri Sembilan.

Ketua Unit Operasinya, Ahmad Zaki Hamzah berkata sebelum ditahan kelima-limanya sedang leka berjudi di premis yang berselindung di sebalik siber kafe itu.


Bagaimanapun, katanya, serbuan dilakukan menerusi pintu belakang di premis yang terletak di deretan bangunan itu sebelum menahan lima penduduk termasuk dua penjaga premis warga Bangladesh dan Indonesia berusia 20-an.

Katanya, kesemua mereka dibawa ke Pejabat Penguatkuasa JHeAINs dan kes disiasat mengikut Seksyen 79A Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 Pindaan 2004 yang boleh didenda RM3000 atau penjara dua tahun atau kedua duanya sekali.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/13

No comments:

Post a Comment