Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Lelaki mati diserang tujuh lelaki


Oleh Na'imah Mohamed
Klang: Seorang lelaki yang sedang menghadiri upacara memperingati kematian bapa saudaranya maut manakala dua lagi rakannya cedera parah selepas diserang sekumpulan tujuh lelaki di Taman Sentosa, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Mangsa yang berusia 31 tahun mati di tempat kejadian dipercayai akibat terkena tembakan di bahagian dadanya, manakala dua rakannya berusia 30 dan 45 tahun masing-masing cedera parah selepas ditetak kumpulan terbabit.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, seorang daripada suspek berusia 29 tahun ditahan pasukan peronda polis yang sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan.

"Polis kemudian merampas sepucuk pistol jenis Smith & Wesson bersama lima butir peluru serta dua bilah parang di tempat kejadian.


"Kita sedang menjalankan gerakan memburu semua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/13

No comments:

Post a Comment