Search This Blog

Monday, May 26, 2014

Lelaki ‘letup’ tandas stesen minyak diburu


KUALA LUMPUR 25 Mei - Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai bertanggungjawab melakukan letupan buatan sendiri di dalam tandas milik sebuah stesen minyak di Jalan Jambu Jertih Batu 6, Jalan Kepong, Sentul, di sini hari ini.
Kejadian pukul 3.55 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan dan hanya mengakibatkan mangkuk tandas di dalamnya rosak.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang individu memakai topi keledar dan jaket hitam merah dikesan membawa beg sandang serta memasuki tandas lelaki di stesen tersebut.
“Kita menjejaki individu itu bagi membantu siasatan berikutan dia merupakan orang terakhir sebelum berlaku letupan. Siasatan turut menjumpai serpihan tin minuman dan batu yang dibalut dengan pelekat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kata Kong Meng, pihaknya masih menyiasat kejadian itu sekiranya wujud unsur sabotaj atau kecuaian dan kes disiasat mengikut Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958 atau Seksyen 507 Kanun Keseksaan.
“Motif kejadian masih belum dikenal pasti lagi," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140526/je_05/Lelaki-letup-tandas-stesen-minyak-diburu#ixzz32lqOAe1H
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment