Search This Blog

Monday, May 26, 2014

Lelaki isi diesel tiga tong untuk ‘pertanian’


Baling: Alasan seorang lelaki mengisi diesel dalam tiga tong dram kononnya untuk kegunaan pertanian gagal mengaburi pihak berkuasa apabila dia ditahan dalam serbuan sempena Operasi Titik di sebuah stesen minyak di Kuala Ketil, di sini, Jumaat lalu.

Dalam operasi jam 9 pagi itu, lelaki berusia 30-an terbabit ditahan kerana gelagatnya didapati mencurigakan selain membeli diesel dalam kuantiti banyak.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Daerah Baling Fadzil Hasan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati lelaki terbabit menggunakan sebuah lori satu tan untuk membawa tiga tong dram berkenaan.

Menurutnya, ketika ditahan ketiga-tiga tong dram berkenaan sudah diisi dengan diesel di mana setiap satu mampu memuatkan 200 liter dipercayai untuk dijual dan bukan kegunaan sendiri.

“Berdasarkan soal siasat, lelaki berasal dari luar daerah ini mengaku membeli diesel di stesen minyak itu saja dan dipercayai berpakat dengan pemilik stesen minyak terbabit.

“Berikutan itu, kita merampas semua tong dram mengandungi 600 liter diesel bernilai RM11,200 termasuk nilai lori terbabit, selain mengambil tindakan pengusaha stesen minyak terbabit kerana gagal mematuhi arahan Pengawal Bekalan Malaysia (PBM),” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/26

No comments:

Post a Comment