Search This Blog

Monday, May 12, 2014

Lelaki ditembak cuba serang polis


KOTA KINABALU 11 Mei - Tindakan agresif seorang lelaki yang cuba menyerang polis menggunakan senjata api buatan sendiri dan pedang samurai mengundang padah apabila dia ditembak di ladang sawit, Jalan Segama, Lahad Datu hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Kumis, 50, mati selepas ditembak sebanyak dua kali di perut dan kaki.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mamah berkata, suspek sebelum itu dikatakan datang ke ladang sawit itu dan bertindak mengugut penolong pengurus ladang menggunakan senjata berkenaan.
Katanya, beberapa pekerja ladang yang terkejut dengan tindakan suspek bertindak menghubungi pihak polis.
“Sebaik tiba, anggota polis yang cuba menenteramkan dan menahan suspek terkejut apabila lelaki itu bertindak ganas dengan mengacukan pedang samurai dan senjata api iaitu bakakuk.
“Ekoran itu, anggota polis terbabit terpaksa melepaskan dua das tembakan bagi mempertahankan diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar kejadian itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140512/je_06/Lelaki-ditembak-cuba-serang-polis#ixzz31Rq7jKNT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment