Search This Blog

Monday, May 26, 2014

Lapan tukang urut warga asing ditahan di Sungai Bakap


NIBONG TEBAL 25 Mei - Lapan wanita rakyat asing yang bekerja sebagai tukang urut ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat urut di Jalan Seri Aman, Sungai Bakap di sini awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supt. Shafien Mamat berkata, semua mereka berusia antara 20 dan 35 tahun itu ditahan ketika asyik melayan pelanggan dalam bilik-bilik kecil yang terdapat di premis berkenaan.
"Berdasarkan siasatan awal, tujuh warga Thailand dan seorang warga Laos itu bekerja sebagai tukang urut di premis yang turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan itu.
"Turut ditahan dalam operasi pada 2 pagi itu ialah empat lelaki tempatan yang merupakan pelanggan premis itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata semua wanita yang ditahan itu disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada permit dan dokumen pengenalan diri yang sah. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140525/je_04/Lapan-tukang-urut-warga-asing-ditahan-di-Sungai-Bakap#ixzz32lqqFPGa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment