Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Kes Pengerusi NFCorp dipercepat


2014/05/13 - 04:32:24
Kuala Lumpur: Pihak pendakwaan memohon Mahkamah Sesyen mempercepatkan perbicaraan kes Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang menghadapi dua tuduhan pecah amanah membabitkan wang RM49.7 juta.

Dalam prosiding sebutan kes itu di sini, semalam, Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud, memberitahu Hakim Norsharidah Awang, Mahkamah Tinggi pada 5 Mei lalu mengarahkan kes itu dibicarakan segera selepas menolak permohonan tertuduh menangguhkan perbicaraan kesnya.


Awang Armadajaya dengan itu memohon mahkamah menetapkan perbicaraan Jun depan kerana kes itu sudah tertangguh sejak tahun 2012.

Norsharidah yang bersetuju dengan hujahan pendakwaan, menetapkan rundingan pra-bicara pada 26 Mei, pengurusan kes pada 13 Jun dan perbicaraan bermula pada 23 Jun.

Pada 12 Mac 2012, tertuduh selaku Pengarah NFCorp, didakwa menyalahgunakan RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium ‘One Menerung' di Parcel BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, lot No. 56454, Mukim Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment