Search This Blog

Saturday, May 10, 2014

Kes lelaki bunuh isteri disebut 27 Jun


BUKIT MERTAJAM 9 Mei - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 27 Jun ini sebutan semula kes seorang lelaki yang didakwa membunuh isterinya yang menemui ajal setelah cedera parah akibat dibakar pada pertengahan tahun lalu.
Hakim Musyiri Peet memutuskan demikian dalam kes terhadap Chiam Nguang Huat selepas pihak pendakwaan memohon tempoh untuk melengkapkan laporan kimia dan bedah siasat kes berkenaan.
Mengikut kertas pertuduhan, Nguang Huat, 41, dituduh membunuh Lai Siew Fong, 36, di sebuah rumah di Taman Bayu Mutiara pada pukul 4 petang 24 Jun tahun lalu.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Pang Chuin Keat manakala tertuduh diwakili peguam, Y. Anbanathan.
Siew Fong yang juga seorang peniaga kuih, melecur 60 peratus bahagian badannya dipercayai dibakar suaminya dan meninggal dunia selepas 40 hari dirawat di Hospital Pulau Pinang.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140510/ma_05/Kes-lelaki-bunuh-isteri-disebut-27-Jun#ixzz31GSel2rV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment