Search This Blog

Monday, May 26, 2014

Kepala dihempap forklif


Kuala Lumpur: Seorang warga Nepal yang bekerja di kedai pembekal alatan elektrik maut selepas dihempap kenderaan pengangkut barang (forklif) di Jalan Brunei Off Jalan Pudu di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Gagendra, 22, mati selepas parah di kepala.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa gagal mengawal kenderaan itu yang mengundur sebelum terbalik dan menghempapnya.

Rakan mangsa yang dikenali sebagai Khin berkata, mangsa tidak bekerja pada hari kejadian mencuba memandu forklift itu.

“Saya terdengar benda jatuh ketika berehat di tingkat dua bilik asrama di bangunan yang sama.



Apabila saya pergi ke lokasi kejadian, saya melihat forklift terbalik dan menghempap rakan saya yang sudah tidak bergerak.

“Saya bersama beberapa rakan sekerja lain mendapati mangsa sudah meninggal dunia kerana leher dan kepala remuk dihempap bumbung kenderaan itu,” katanya di lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/26

No comments:

Post a Comment