Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Kempunan bawa pulang hasil curi

WARTAWAN SINAR HARIAN
Kempunan bawa pulang hasil curi
Lubang yang ditebuk penjenayah untuk memasuki pasar raya. 
13 Mei 2014
RAUB - Dua warga Vietnam tidak sempat membawa pulang hasil curi apabila kedua-dua mereka diberkas polis dalam kejadian samun awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kejadian berlaku di sebuah pasar raya, dekat sini kira-kira jam 3 pagi.

Menurutnya, dua warga Vietnam terbabit cuba memecah masuk ke dalam pasar raya terbabit melalui dinding yang ditebuk di pintu belakang pasar raya terbabit.

“Kejadian terbabit disedari kakitangan pasar raya terbabit yang berada di tempat kejadian dan mereka segera menghubungi talian hotline polis.

“Polis tiba tiga minit ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan terbabit dan melalui risikan dan pemerhatian yang dibuat, kedua-dua pencuri terbabit kemudiannya berjaya diberkas polis,” katanya.
Katanya, kedua-dua suspek yang memiliki pasport perjalanan yang sah ditahan reman dan sebuah kereta jenis Proton Wira milik seorang suspek turut dibawa ke balai untuk siasatan.

“Kita turut menyiasat sama ada kedua-dua suspek itu terlibat dalam beberapa siri pecah masuk pasar raya yang banyak terjadi di beberapa daerah kebelakangan ini,” katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, kejadian seumpama ini pernah berlaku pada 2009 di tempat dan waktu yang sama.

“Terima kasih kepada masyarakat kerana bertindak pantas menghubungi kami bagi memberkas kedua-dua penjenayah terbabit,” katanya.

No comments:

Post a Comment