Search This Blog

Thursday, May 1, 2014

Kathmandu: Kemalangan bas dan lori ragut 18 nyawa


KATHMANDU, Nepal 1 Mei - Sekurang-kurangnya 18 orang terkorban manakala 19 lagi mengalami kecederaan, selepas sebuah bas berlanggar dengan sebuah lori di kawasan lebuh raya, barat negara ini, semalam.
Seorang anggota penyelamat, Resham Raj Acharya berkata, kemalangan tersebut berlaku apabila kedua-dua buah kenderaan itu yang datang dari arah bertentangan sedang melalui sebatang jalan yang sempit, berhampiran kampung Narpani, kira-kira 250 kilometer dari Kathmandu.
Kesemua mangsa yang terlibat dalam kejadian itu telah dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140501/lu_01/Kathmandu-Kemalangan-bas-dan-lori-ragut-18-nyawa#ixzz30PYZmAaZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment